Klik untuk info

KLIK UNTUK INFO

Tuesday 18 September 2012

Kes buang bayi dari tingkat 3 flat : gadis kilang direman

Kes buang bayi dari tingkat 3 flat : gadis kilang direman



Susulan daripada berita yang dilaporkan semalam mengenai bayi yang dicampak dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari seorang gadis telah ditahan oleh pihak polis diatas perbuatan kejam tersebut untuk siasatan lanjut

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam

“Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” kata beliau ketika dihubungiKosmo!

Menurut beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala

“Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah,” kata beliau

Arjunaidi memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya

Difahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung








Kejam! apabila seorang bayi yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga

Polis setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum ada keperluan dengan kes bunuh yang dihadapi suspek wanita itu


Suspek yang memakai baju T warna hitam, bertudung, berjaket merah jambu, berkain sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan bersahaja ketika diperintahkan ditahan reman oleh majistret

Wanita itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya

Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu

Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi.

Comments
3 Comments

3 comments:

  1. kes buang bayi menjadi-jadi sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu..nk salahkan siapa klu smua nie berlaku ? kita yg membentuk diri kita sendiri :)

      Delete
  2. makin menjadi-jadi kes buang bayi, gugurkan bayi berlaku skrg nie..nak jadi apa la dunia..

    follow my blog backhttp://luahancinta-atul.blogspot.com/

    ReplyDelete