Klik untuk info

KLIK UNTUK INFO

Tuesday 18 September 2012

Terkejut jumpa janin atas tangga




Saiful Nizam menunjukkan lokasi janin yang ditemuinya.


NILAI – Seorang pegawai Imigresen tidak menyangka kejutan isterinya di awal pagi yang memberitahu terdapat tompokan darah di hadapan rumahnya membawa kepada penemuan janin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, penduduk di Kuarters KLIA, Kelompok 8, di sini, gempar apabila janin yang pada awalnya disangka janin anak kucing dijumpai di atas tangga dalam keadaan berlumuran darah

Saiful Nizam Abas, 40, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur tetapi dikejutkan isterinya yang memaklumkan terdapat banyak tompokan darah.

“Saya bergegas bangun dan mencari dari mana kesan tompokan darah tersebut bermula, kemudian saya dengar suasana kecoh di tingkat dua bangunan.

“Saya terkejut sebaik sahaja melihat ada objek kecil berlumuran darah tetapi ketika itu kami tidak pasti sama ada ia janin manusia atau anak kucing," katanya.

Bagaimanapun katanya, setelah dilihat dari jarak dekat, dia mula mengesyaki janin tersebut adalah janin manusia.

Menurutnya, dia segera menghubungi polis dan Klinik Kesihatan Kuarters KLIA bagi mengesahkan penemuan berkenaan.

“Saya dan penduduk lain memang terkejut dengan kejadian ini kerana baru-baru ini, kita digemparkan dengan kes bayi baru lahir dicampak dari atas bangunan, sekarang ini di kawasan perumahan rumah kami pula, janin dijumpai," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang mengesahkan penemuan janin terbabit dan ia dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya. 

Kes buang bayi dari tingkat 3 flat : gadis kilang direman

Kes buang bayi dari tingkat 3 flat : gadis kilang direman



Susulan daripada berita yang dilaporkan semalam mengenai bayi yang dicampak dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari seorang gadis telah ditahan oleh pihak polis diatas perbuatan kejam tersebut untuk siasatan lanjut

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam

“Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” kata beliau ketika dihubungiKosmo!

Menurut beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala

“Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah,” kata beliau

Arjunaidi memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya

Difahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung








Kejam! apabila seorang bayi yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga

Polis setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum ada keperluan dengan kes bunuh yang dihadapi suspek wanita itu


Suspek yang memakai baju T warna hitam, bertudung, berjaket merah jambu, berkain sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan bersahaja ketika diperintahkan ditahan reman oleh majistret

Wanita itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya

Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu

Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi.

Sunday 16 September 2012

Wanita Terkurung Dalam Peti Sejuk Selama 4 Hari Tetapi Masih Hidup!





Oklahoma – Seorang wanita ditemui masih hidup walaupun selepas terperangkap dalam sebuah peti sejuk yang besar selepas empat hari.
Theresa Christian, 59, sebelum itu dilaporkan hilang oleh anaknya pada Sabtu, namun dia ditemui anaknya pada hari Khamis.
Tiada tanda-tanda perbuatan khianat dikesan, sementara jiran-jirannya percaya dia bersembunyi di dalam peti sejuk itu kerana bimbang putting beliung bakal melanda rumahnya.
Menurut stesen televisyen News On 6, wanita itu kini dirawat kerana sebahagian kakinya telah beku.
Biarpun dia ditemui dalam keadaan sejuk, kelaparan dan dehidrasi namun dia selamat.
Menurut polis, wanita itu ditemui oleh anaknya selepas dia memecah masuk ke apartmen milik ibunya itu.
Selepas mendapati barangannya termasuk dompetnya masih ada sementara televisyen pula dibiarkan terpasang, anaknya percaya ibunya masih berada dalam rumah tersebut. Selepas menyiasat, dia mendengar bunyi suara mengerang dari dalam peti sejuk dan kemudiannya terus menyelamatkan ibunya.
Polis kini masih menyiasat bagaimana wanita itu boleh terperangkap dalam peti sejuk yang besar itu ketika dia bersembunyi daripada ribut dan puting beliung yang melanda kawasan itu pada Jumaat lalu.
“Apa yang lebih aneh ialah kenapa dia tidak dapat keluar memandangkan peti itu tidak mempuntai kunci.
“Namun terdapat tanda dia cuba keluar daripada peti sejuk berkenaan, mujurlah anak lelakinya berjaya menemuinya,’’ kata polis.
KLIK [SINI ] UNTUK MENGETAHUI  LEBIH LANJUT

Saturday 15 September 2012

Budak Mc 5 Days Buat Pasal lagi !!







Video dibawah ini : 


Assalamualaikum..Peace ! (Y)


Korang ingat lagi tak pasal video budak mc 5 days yg duk bt muka DUCK FACE tu ?? alaaaa...yg sakit mata tu...?? famous kowt....Kali ni dya muncul lagi buat video utk ex bf dia..alahaiiii sapa la bf ko tu...nk bgtaw satu dunia ker ? motif  buat video nie?? xserik2 lagi ker kena kutuk time sakit mata tu?
Kesian budak ni, dulu kena kutuk gedik tapi dalam masa dia kena kutuk tu, muncul banyak banyak sangat video-video  parody yang mengejek meniru video asal budak perempuan yang sakit mata tu.

Kononnya nak buat lawak video balas tapi sedarkah pada masa yg sama, lawak yg mereka buat tu  @ dalam bahasa yg lain MEMPERSEDAKAN ORANG ? Mungkin ada yg akan cakap mmg patut pun  budak tu kena persenda....padan muka kan ??? tapi tugas kita ke nk judge2 orang ni ? Jawapan Ash,  kita xlayak nk 'judge' orang sebab kita pun tak 'perfect'..

Kepada budak perempuan tu, sudah2 la cari PUBLISITI murahan...you already know people feel like 'eeeeeyaaaarkkkkkkkkkkkkkkkk' to hear your voice duckling face n so on... please stop hurting people with all your nonsense video.. change something more interesting than your nonsense DUCK FACE..It is disgusting and annoying..( kutuk sikit2 xpa)

Kita kena fikir tu, kita semua tak sempurna, ada kekurangannya. Jadi kalau salah tu tegur dulu...tegur dengan berhemat....


Dengan Kata
Dengan Perbuatan
Dengan Doa

Tegur dulu, bukan terus kutuk & mempersendakannya... ni peasanan untuk diri Ash jgk...wallahualam..